Friday, March 11, 2011

waktu-waktu mustajab dalam berdoa :-)

Dalam kita berdoa sehari2 mengharapkan doa kita diangkat atau dalam erti kta lain mustajab....kita sebagai orang islam perlulah berusaha.. dan selepas itu kita serahkan kepada Allah dengan cara bertawakal kepada Allah ......dan salah satu jalan kita dalam berusaha supaya permintaan kita diperkenankan oleh Allah azza wajalla adalah dengan mengetahui waktu2 yang sesuai untuk kita berdoa....sepertimana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud :"berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang),ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." hadis mursal yang diriwayatkan oleh imam al-nawawi dalam al-Azkar.........dan di sini sy skli lgi ingin la brkgsi sdkit ilmu y dh selalu dh ustaz2, ustazah2, cikgu2,mak2,ayah2,adik2,abg2,kakak2,datuk2,nenek2 kita malah kwan2 kita pun pernah bgtw kta...iaitu waktu-waktu yang mustajab nak doa.:

1.ketika hujan

2.ketika hendak memulakan solat dan selepas solat

3.ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
   
4.wakt antara azan dan iqamat.
   sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : "tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat."
   -rwyat al-tarmizi-

5.ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6.ketika sujud dalam solat

7.ketika khatam al-Quran (30 juzuk)

8.sepanjang malam,terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.

9.sepanjang hari jumaat :kerana menharapkan bertemunya dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni  antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat.

10.antara waktu zuhur dan asar dan antara asar dan maghrib.

kesimpulannya kita boleh berdoa bila2 masa dan di mana2 sahaja...namun adalah lebih baik jika kita mengetahui waktu yang terbaik supaya doa kita menjadi doa yang terbaik serta amalan kita juga menjadi amalan ternbaik segaligus melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang terbaik....insyaAllah...ok semoga bertemu lagi di hari dan waktu yang sama......hehe..assalammualaikum :-)

No comments:

Post a Comment