Sunday, July 10, 2011

HIJAB

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.............................

Malam itu aku datang kerana Allah ,telah aku siapkan niat itu sebelum kakiku memijak lantai dewan yang serba indah itu. Namun apabila kakiku sudah tetap diatas lantai dewan, niatku yang tadi kuat pula berubah menjadi tidak tetap....ya Allah lemah sungguh iman hamba-Mu ini.

Hatiku mula terdetik untuk mencari seseorang yang aku ingin sangat bertemu dengannya. Masalahnya sekarang dia adalah seorang muslimah . "Apakah perlu untukku mencarinya? " bisikku di dalam hati semakin aku tertanya-tanya, semakin kuat perasaan untukku bertemu dengannya.

Mata ini kini bergerak laju mencari seseorang itu, harapanku sangat tinggi sehingga hadir kalimat ini dibenakku "ya Allah tak dapat jumpa dapat tengok pun jadi la...". Aku pun mundar-mandir kesana kemari mencarinya sambil berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak aku jumpa kerana walaupun kami dibawah satu pusat pengajian yang sma tapi kami berlainan tempat,begitu juga dia

Setelah agak lama aku mencarinya Alahamdulillah Allah izinkan aku untuk melihatnya tapi hanya untuk sekilas pandang. Aku tak pasti dia nampak aku atau tidak tapi yang pasti aku nampak dia. Aku ingin pergi menegurnya tapi aku malu dan aku pasti dia lebih malu.

Apa yang buat aku tersentak seketika adalah dia kelihatan sangat solehah. Ketika keadaan pada waktu itu berselerak masing-masing mahu melepaskan rindu kerana lama tidak bertemu dengan rakan-rakan yang dulunya sekali dalam menjayakan sebuah program, dia di luar tersenyum duduk dengan rendah hati sehingga membuatkan aku jadi malu pada diri sendiri apatah lagi pada Allah. Lantas niatku untuk bertemu dengannya walaupun sekadar bertanya khabar aku padamkan.

Terasa diri ini sangat hina pada malam itu dan pada malam itu juga terbukti ya dia memang ingin menjadi SOLEHAH seperti mana dia menulis diblognya. Apapun sahabatku engkau memang cantik, engkau cantik dari segala sudut insyaAllah. Terima kasih kerana menyedarkan aku hanya dengan akhlakmu.

Malam itu aku berjalan pulang seorang diri aku tahu dia dibelakangku. Aku tak tahu dia melihatku atau tidak tapi yang penting aku dapat melihatnya dan aku dapat lebih dari sekadar melihat walaupun aku tak dapat bercakap dengannya. Apapun sahabatku aku disini akan selalu mendoakanmu berjaya di dunia dan diakhirat dan semoga Allah memeliharamu dari segala kemungkaran supaya engkau sentiasa berada dibawah lingkaran rahmay-Nya insyaAllah...akhir kata aku ingin engkau tahu sahabatku engkau seorang yang SOLEHAH.. :-)





love is something,to be love is exciting, but love to Allah is everything............... :-) keep it up my friend...Allah always with you as long as you always remember Allah... :-)




Wednesday, July 6, 2011

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA


Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. 

Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu berserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak di  apakan kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?"

Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya

Tuesday, July 5, 2011

Mengapa Hawa Tercipta Masa Adam Tidur


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. 

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang setia kepada suami.Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.