Friday, March 11, 2011

usah dibenci pelaku maksiat......

Lama tak bercerita teringin la plak nk bercerita....ok hri ni sy nk brcerita kisah nabi Allah Isa a.s.....tpi bukan yang selalu kita dengar 2...tpi ni kisah di mana.........

diceritakan nabi isa a.s sedang bejalan dengan seorang anak muridnya...masa tengah2 jalan ada la seorang hmba Allah yang memg sudah terkenal...tpi bukan sebagai seorang penyanyi mahupun pelakon tapi sebagai pelaku maksiat yang kronik mengikuti nabi Allah Isa a.s dengan anak muridnya itu dari belakang.....
 anak murid nabi Isa ni sedar mereka diikuti sama la jugk dengan nabi Isa.....cma nabi Isa relex ja....yang anak murid nabi Isa ni...dia tengok hmba Allah tadi dengan penuh rasa kebencian..xckup tengok dengan tu dia siap berdoa lgi kepada Allah dalam hti dia "ya Allah ,janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

dan tiba2 nabi isa menoleh kepdanya seraya berkata, "doamu telah diperkenankan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. pergilah engkau dari sisiku."

ha dari cerita yang pendek ni...ada satu iktibar yang kita boleh ambik...iaitu janganla membenci orang yang buat mksiat...kita sepatutnya benci kepada mksiat yang dia buat tu..bukan benci kat dia.........dia mkhluk Allah kita pun mkhluk Allah....ya hri ni dia buat salah  buat dosa...tpi kita jangan perasan macam kita xpernah buat dosa kita semua bukan maksum...lgipun kalau kita kata mereka ni buat mksiat ,jahat samph masyarakat apa la kita cuba tanya diri kita balik apa yang kita buat untuk tolong mreka2 ni balik ke jalan yang benar(tolong kata 2 banyak la...) dengan sikap negatif kita ni...yang buatkan orang semakin jauh dari agama. sepatutnya kita kena membuka hati untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang ikhls kpdanya..sebab kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kita hina atau gunakan kekerasan. sya tgglkan anda dengan sepotong hadis untuk sama2 kita renungi insyaAllah....rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :" sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." -riwayat al-tirmizi-

1 comment:

  1. Ya...kelembutan sebenarnya adalah kemenangan..
    kelembutan seorang wanita dapat mencairkan kerasnya hati seorang lelaki,,,
    seperti melentur buluh..biarlah bermula dari rebungnya.. klu dah jadi buluh...boleh patah jadinya...

    ReplyDelete