Monday, March 7, 2011

Allah, aku cinta dia (bahagian/episod 2)

Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada hari rabu 25.5.2010 jam lebih kurang pukul 10.25 minit pagi di mana pada hari itu mengikut jadual kami semua pelajar baru CFSIIUM di kehendaki ke bangunan LY untuk sesi menguji kemampuan kami membaca al-quran.  Di depan LY telah didirikan khemah untuk para pelajar menunggu giliran mereka di samping abang-abang dan kakak urusetia memberikan  taklimat ringkas. Peluang menunggu di situ aku gunakan dengan baik untuk berstasmid dengan rakan- rakanku mudah-mudahan bacaan aku tidaklah terlalu teruk insyaAllah. Agak lama aku menunggu maka sampailah giliranku dan beberapa orang lagi rakanku untuk masuk ke dalam bangunan LY. Maka aku dengan agak gementar berserta perasaan berserah pada Allah masuk ke dalam dengan memeluk senafkah al-quran. sampai saja di depan pintu LY seorng kakak mengucapkan “selamat berjaya” kpadaku dan aku pun membalasnya dengan “terima kasih” sambil tersenyum. Lalu aku masuk dan menuju ke kaunter pendaftaran di dalam LY untuk mengetahui bilik ujianku.
Sewaktu aku berjalan  dengan izin Allah aku telah berjumpa dengan wanita yang selama ini aku cari di sana-sini “ya inilah wanita yang aku cari…ya Allah alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah” monolog aku seorng diri di dalam hati. Aku waktu itu sungguh terkejut sehingga al-quran yang aku pengang hendak terjatuh dari pelukan aku.  Apa yang lagi teruk aku tak boleh berhenti senyum sampai seorng rakanku menegur aku “kau asal yang tersengeh-sengeh orang lain resah nak ujian kau happy tak tentu pasal macam sekali lagi jumaat je ni..” dan aku tetap tak boleh berhenti tersenyum walaupun aku dah cuba namun bila aku lihat dia aku tersenyum lagi dan lagi. Aku mula perasan yang dia perasan aku asyik melihat dia dan aku tak berhenti senyum lagi dari tadi, mungkin dalam hatinya dia fikir aku ni ada yang tak kena atau mungkin dia ingat aku cuba nak menguratnya atau apa-apa yang tak elok. Namun itu hanya jangkaanku sahaja kerana dia nampak macam tak selesa selepas mengetahui aku asyik melihat dia tapi aku tak menyalahkannya kerana memang dia patut berfiran begitu. Namun begitu,  astafirlahalazim kerana aku telah terbuai oleh nafsuku sehingga aku terlupa bahawa itu adalah perancanggan tuhanku atas permintaanku alhamdulillah.
Hari berganti hari aku diserang satu lagi penyakit yang agak merungsingkan iaitu penyakit teringat-ingat. Aku tak tahu sama ada itu adalah rindu atau sebaliknya tapi hatiku kuat mengatakan tidak, aku tidak rindu. Tapi semakin kuat aku mengatakan aku tidak rindu makin kuat lagi perasaan itu mengheret aku untuk mengikutnya. “Ya Allah tolonglah aku”ratapku dalam setiap doa-doaku “ya Allah andai ini adalah bisikan nafsuku hasil pujukan syaitan Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk melawannya dan andainya ini adalah ujianMu kepadaku aku sangat bersyukur dan aku mohon Engkau berikanlah kesabaran kepadaku ya Allah agar aku tidak tersasar menemui murkaMu ya Allah aku takut”. Keesokan harinya aku pergi ke kelas di mana ianya adalah kelas pertamaku di sana. Hari itu kelas aku ditunda kerana ustaz yang mengajar bahasa arab tidak hadir mungkin ada hal yang perlu diselesaikan maklumlah awal semester. Oleh itu, aku pun berjalan balik ke mahallah dalam perjalanan pulang aku telah terbaca satu iklan tentang kempen derma darah. Jadi terdetik jugaklah di hatiku ini untuk aku pergi mendaftar sebab tertulis di poster itu kaunter pendaftaran di depan bangunan A.R.K alang-alang aku memang dah berada dekat dengan situ jadi tak salah aku terus pergi.
Sampai di kaunter aku lihat ada seorang wanita yang menjaga kaunter itu rasanya dia senior, aku cuba melihat-lihat mungkin ada lelaki yang menjaga kaunter untuk penderma lelaki tapi tidak ada. Apapun itu tidak mematahkan semangat aku walaupun aku agak malu namun malu biarlah bertempat. Aku pun pergi ke kaunter dan bertanya kepada wanita itu “sini ke tempat daftar nama utk derma darah” wanita itu dengan muka yang nampak macam terkejut “hah tak lah sini kaunter daftar nama ahli baru bulan sabit merah”   “eh tapi….saya tengok iklan kat depan tu dia tulis derma darah”  “oh…tu antara aktiviti kelab ni..erm brother nak join ke?”  aku memang malu sebab aku tersilap baca iklan aduh teruknya, jadi sebab tak mahu tunjuk sangat aku silap baca maka aku pun mendaftarkan diri sebagai ahli bulan sabit merah secara tidak sengaja “errr…boleh jugak”  “nama tulis kat sini ek brother”sambil dia menunjukkan sehelai kertas . Aku pun mengambil pen dan menulis namaku “ya Allah semua nama perempuan aku seorang je lelaki” berkata aku seorang diri dalam hati kerana terkejut melihat aku seorang sahaja kumbang di dalm kertas itu tapi tak apa mngkin awal lagi lepas ini mungkin ramailah lelaki. Maka selepas aku menulis nama aku di atas kertas itu rasmilah aku sebagai ahli bulan sabit merah universiti Islam antarabangsa malaysia “nanti jemputlah datang Annual Grand Meeting ” aku pun tersenyum “insyaallah”.
Insiden itulah yang menjadi titik mula kepada perkenalan…………….(bersambung di bhg/epsd 3) J

2 comments:

  1. Allah Alhamdulillah and thnks sudi jugak baca cerita ni insyAllah episod 3 coming soon.... :-)

    ReplyDelete