Tuesday, March 1, 2011

Allah, aku cinta dia (bhg/epsd 1)

 21.5.2010 sabtu, Centre for Foundation Study International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) : Aku masih ingat lagi waktu itu aku baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada waktu itu juga aku telah di hantui perasaan misteri dek satu peristiwa ketika aku sedang membuat pendaftaran. Sewaktu  aku sedang mengambil baju dan kunci bilik terdetik di hatiku untuk bertanya kepada seorang urusetia di situ yang merupakan senior aku juga mengenai peperiksaan yang dikenali sebagai English Placement Test (EPT) “bang tumpag Tanya” abang itu mengangukkan kepalanya “erm....saya nak tahu soalan untuk ujian yang kami perlu ambil tu macam mana boleh abang beritahu sikit-sikit” abang itu pun menjawab “soalan tu tak susah sangat pun.....” belum sempat dia menghabiskan bicaranya seorang wanita yang merupakan urusetia juga menegurku dengan senyuman yang begitu manis“brother sila lalu sini”. Aku pun mengikut arahan wanita itu tapi aku tak berapa nampak wajahnya kerana aku terus pergi bimbangkan mungkin pelajar lain menunggu untuk megambil kunci dan baju mereka juga. Namun aku ada terdengar abang itu berkata kepada kakak itu “kau....brother tu tengah Tanya something la kesian dia”.

Aku pun keluar dari dewan pendaftaran dan pergi kepada ibu bapaku untuk mengajak mereka pergi  ke mahallah atau dikenali sebagai asrama . Dalam perjalanan mencari-cari mahallah tempat yang bakal aku tinggal di situ selama dua tahun aku mula terfikir “eh macam mana wajah kakak tu ha”. Perasaan itu terus bermain di dalam hatiku tapi aku hanya mengendahkannya . Hari demi hari berlalu aku masih tertanya-tanya siapa wanita itu “ya Allah bagaimanakah rupa dia,kenapa perkara sekecil ni menghantui aku. Adakah kerana aku terlalu memikirkannya sangat atau Engkau ada rancangan-Mu terhadapku  ya Allah”. Begitulah aku saban hari mencari-cari dan tercari-cari siapakah dia? Aku hanya ingin melihat wajahnya sahaja. Setiap malam sebelum tidur aku akan cuba mengingati kembali wajahnya semoga perasaan ingin tahu ku ini hilang. Usahaku dengan cuba mengingati kembali dan mencari-cari di papan-papan organisasi dengan harapan mungkin ada gambarnya di situ serta melihat mungkin ada kakak itu bertugas pada minggu ta’aruf  iaitu minggu perkenalan menemui jalan buntu. Selepas solat asar di masjid, Alhamdulillah aku diberi ilham oleh Allah s.w.t untuk melakukan solat sunat hajat. Maka dari hari itu aku pun bangun malam bermunajat kepada Allah dengan penuh harapan di samping meminta pertolongan Allah di setiap masalahku serta meminta kebahagian aku, ibu bapaku,saudara-maraku,guru-guruku,rakan-rakanku dan seluruh muslimin dan muslimat.
Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada hari rabu 25.5.2010 jam lebih kurang pukul 10.25 minit pagi................(bersambung di bhgian/episode dua(2) ) J

3 comments:

  1. best jugak baca cerpen ni.....
    tak sabar nak tunggu episod ke 2,,,
    ehh... lagu ni lagu favourite akak ni,,,

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak(dalm keadaan yang masih tersenyum dari tadi xhbs2..mklumla kna pji)..insyaAllah epsd 2 akn mnyusul..hehe..eh ni pun lgu favrte sy jgk..nmpknya kta ada kimia la kak hehe..skli lgi trma ksh kak sdi bca..

    ReplyDelete
  3. bst jgk lelaki besi ni bt cerpan noh..huhuhu

    ReplyDelete