Saturday, May 7, 2011

y : pemulaanku (1)

perkara yang paling aku takut menjelma semula dan aku terpaksa berhadapan dengannya semampu yang boleh. Aku tidak tahu sejauh mana kekuatan aku sekarang tetapi ayng pastinya aku mampu lakukannya. "kau apa hah!! ? " "wei...asal kau pelik"  kedengaran suara gelak beramai-ramai, begitulah hari-hari yang aku lalui setiap hari. aku di hina dicaci dan kadang diperlakukan dengan teruk sekali. semua ini terjadi kerana aku ialah seorang lelaki bermata merah.

namaku syafiz. pandai mak aku mencari nama yang sedap dan cantik tapi ianya tidak sesuai untuk ku yang hodoh ini atau dalam erti kata lain pelik. ibuku selalu  menyedapkan hatiku dengan ayat "fiz...fiz anak istimewa apa yang fiz ada orang lain tak da.....fiz terpilih"   TERPILIH perkataan ini yang menjadi tanda tanya kepadaku apa yang terpilih? siapa yang terpilih? akukah yang terpilih? terpilih apanya kalau begini rupaku?.

aku bertanya lagi kepada mak "mak fiz ni apa mak? betul ke fiz ni pelik?" tanpa aku sedari air mataku mengalir tenang walaupun bukan kehendakku untuk menagisi perkara ini namun penderitaan yang aku lalui selama 17 tahun membuatkan air mataku menjadi tidak berharga lagi untukku simpan. mak memandang aku "kenapa fiz cakap macam tu? kenapa fiz nangis? tengok mak sini..fiz lelaki fiz kena kuat jangan mudah nangis tw. apa yang jadi ni ada sesuatu yang kita tak tahu. kalau ayah fiz masih ada mesti dia sedih tengok fiz menagis" 


itulah yang mak selalu tenangkan aku, kerana ayahku sudah lama meninggalkan kami kata ibu ayah hilang waktu aku masih kecil dan sampai sekarang ayahku tidak dapat dijumpai dan itu menjadikan ayahku sebagai orang yang mati dipandangan semua orang termasuk mak dan aku. walaupun begitu itu yang menjadikan mak seorang yang kuat alangkah bagusnya jikalau aku mempunyai kekuatan seperti ibu.


selepas keputusan  peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) keluar dan aku mendapat keputusan yang agak baik aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. aku bercadang akan memakai kanta lekap bewarna hitam di sana nanti kerana aku sudah tidak sangup lagi dipandang seperti raksasa, makhluk asing dan manusia pelik.tambahan lagi tak ada sapapun yang mahu berkawan dengan aku. jadi jadilah aku seorang yang tak pernah ada kawan teman wanita memang tak akan ada la walaupun di dalam mimpi.


hari ini hari pertama aku menjadi pelajar universiti. aku agak teruja dan semuanya berjalan lancar tak pernah aku rasa selancar ini. tidak ada sesiapapun yang memandangku seperti manusia yang plaing seram dan tidak ada orang yang berbisik-bisik sambil melihat kepadaku seperti waktu dulu. hari ini hari yang paling banyak aku senyum dan ketawa. hari ini jugak banyak kawan yang aku dapat. seronok ada kawan, baru kali ini aku dapat merasakan nikmat mempunyai kawan "seronoknya!!" jeritku di dalam hati.


ketika aku berjalan pulang dari kelas pertamaku di mana ketika itu aku asyik bersembang dengan rakan-rakanku tiba-tiba mataku bercahaya dan ianya jelas kelihatan walaupun aku memakai kanta lekap. aku pun meminta diri dalam keadaan terburu-buru dan berlari ke tandas. aku pun membasuh wajahku dan cuba untuk mengawal mataku dari bercahaya. namun cahaya makin terang aku sungguh bimbang sekali jika cahaya dari mataku ini membuatkan orang tahu rahsia terbesarku "ah tidak aku tak akan biarkan peristiwa dulu berulng kembali" jeritku dalam diam. kupejam mataku rapat-rapat aku tutup pula dengan tangan yang di alas dengan sapu tangan haraapan aku cahayanya akan hilang.


setengah jam berlalu baru aku berani membuka mataku perlahan-lahan. aku agak kepenatan seolah-seolah cahaya tadi menyerap seluruh tenagaku seperti  lampu yang menyerap tenaga dari bateri. aku melihat ke cermin "hah!!" terkejut aku melihat badan kau berubah dari susuk yang kecil menjadi sasa. otot-otot di tubuhku kelihatan kuat. "apa pula ni?" rungutku. tiba-tiba ramli masuk kedalam tandas "hey syafiz..fulamak badan kau dasyat do....kau main gim ek...tadi dalam kelas aku tengok tak se-tough ni" aku yang sambil menelan air liur senyum tawar tak aku sanggka dia tak perasan. aku sedikit lega "eh! kau ni memang suka tukar kanta lekap ke? tadi warna hitam ni merah pulak...tapi smart do..." tegurnya kemudian dia ketawa dan membetulkan rambutnya. ternya dia memang tak perasan perubahanku, aku menarik nafas lega kerana dia betu-betul tak perasan. aku terlihat ada kaca mata hitam yang diselitkan di bajunya dan ini memberikan aku satu akal " ramli erm...aku memang pandai bergaya la" dia senyum dan menjawab "eh mana ada kau ni agak-agak la" "kau punya kaca mata cantik la.......aku ingat nak beli satu kau beli kat mana?" "aa...ni aku beli murah je.....aku beli kat pasar malam depan rumah kau 10 rnggt je kot"  "boleh aku pinjam tak mata aku sakit besok aku bagi balik kat kelas" "eh boleh je....hah nah ambik"


alhamdulillah dapat jugak aku menyembunyikan mata merah aku ni. ketika aku berjalan zap! ada tukul besi melayang tepat ke mukaku dan aku dapat mengelak dan yang peliknya aku nampak tukul besi itu dalam keadaan sangat perlahan di udara sehingga aku dapat mengelak dengan senang. tiba-tiba jantungku berdengup tetapi agak pelik denyutannya dup! dup! aku menoleh ke belakang rupanya penukul itu sudah tepat hendak menuju ke arah muka seorang perempuan dan..................................tang!!!!!! aku dah berada disitu dan tanganku dah memegang tukul tersebut. perempuan tadi yang tadi menutup mata kembali membuka matanya dan dia kelihatan terkejut. aku tak tahu samada dia terkejut melihat aku yang tadinya jauh dan kini ada depannya smabil menangkap tukul yang hampir merosokkan kecantikannya atau terkejut kerana dia nyaris-nyaris mengalami kecederaan yang teruk. aku pun terkejut dengan diriku kali ni tapi aku rasa agak seronok kerana dapat menelamatkan seorang wanita "eh  kenapa aku rasa macam ni" monologku. dia sangat cantik itu yang ada dalam fikiranku.


"saya sabrina " sambil dia menhulurkan tangan untuk bejabat tangan denganku. aku senyum "erm saya syafiz......aa....maaf saya tak boleh salam dengan awak kita bukan muhrim" dia tersenyum "oo!! maaf saya........erm terima kasih sebab selamatkan saya tadi"  "eh tak da apa la"  "macam mana awak terbang dari sana ke sini? pelik saya"  "hah!! saya terbang ke tadi??"  dia tertawa kecil " awak ni saya tanya awak, awak tanya saya balik. erm tak la tapi nampak macam awak terbang tadi. awak ni adik beradik superman ke? " " ha....superman eh tak-tak....saya dengan dia kawan je" dan aku pun turut ketawa kecil sekali. ketika aku tunduk kerana malu tiba-tiba kaca mata tadi yang agak longgar dengan wajahku terjatuh dan sabrina pun tunduk dan tolong ambikkan untukku dan dia pun ternampak mataku yang merah menyala ini " mata awak..................." aku tunduk dan wajahku berubah aku baru nak merasakan kebahagian dan mataku ini yang merosakkannya " ya mata saya merah....saya pelik...."  "eh tak la mana ada mata awak cantik....saya tak pernah tengok mata yang secantik ni"  "what!!.....cantik!!" terkejut aku mendengar perkataan itu CANTIK seumur hidupku tak pernah ada sorang pun yang cakap mataku cantik. "eh....kenapa awak......awak marah ke saya kata mata awak cantik? maaf awak" "tak-tak saya seronok sangat awak orang pertama yang kata mata saya cantik."  "kat mana awak beli kanta lekap tu......cantik la...saya tak pernah tengok kanta lekap macam ni mesti mahal kan"   rupanya dia ingat aku pakai kanta lekap " erm......ini keluaran terbaru saya dah lupa nama kedai tu" sambil aku senyum kembali.


dia sungguh jelita aku tak dapat lupakan dia. sampai saja di dalam bilik tiba-tiba telefon ku berbunyi nampaknya ada mesej "awak maaf mengangu awak....tapi saya lupa something....erm sebagai tanda terima kasih boleh tak kita pergi ke kedai  yang awak beli kanta lekap tu saya suka la"  "alamak! mati aku...kenapa la aku tak cakap mak aku bagi ke,aku jumpa ke, aku lupa kat mana aku beli ke"  apa yang aku cakap tadi akhirnya memakan diriku kembali. aku agak gelisah  memikirkan perkara ini. kemudian telefonku sekali lagi berbunyi dan ianya mesej jugak tapi kali ni bukan dari sabrina tapi dari ramli entah bagaimana dia mendapat nombor telefonku "fiz sory bro.....cermin mata tu bukan yang aku beli kat pasar malam yang tu yang bapak aku bagi hari jadi aku bro....kau jaga elok-elok taw...tu special edition tu"  apa SPECIAL EDITION yah! itu dia sekali lagi aku mendapat akal yang agak bernas. kemudian aku pun menekan menu menuju ke peti masuk pesanan ringkas dan memilih pesanan yang tertulis nama sabrina " maaf awak mengangu awak juga....erm awak sory....saya baru ingat kanta lekap ni ayah saya bagi hadiah hari jadi saya...dan kanta lekap ni special edition...dah tak ada dh...maaf ek awak" akhirnya selesai masalah ni. 

(tamat bahagian 1)

No comments:

Post a Comment