Saturday, May 14, 2011

BERUSAHA,BERDOA,BERTWAKAL mencari CINTA..

apa yang kita faham sekarang ini adalah jodoh ditangan Allah. berbekalkan kenyataan itu ada segelintir diantara kita yang meletakkan bahawa tak perlulah kita bersusah payah mencari jodoh atau dalam erti kata lain mencari teman kerana jodoh ditangan Allah.
jelas sekali cara sedemikian adalah salah kerana benar jodoh ditangan Allah, namun kita sebagai hamba-Nya wajib berusaha untuk mendapatkan jodoh. apabila kita sudah bertemu dengan pasangan yang kita rasakan adalah yang terbaik buat kita maka gunakanlah pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan syarak untuk menawan hatinya atau dalam bahasa mudahnya memikat. jangan kita salah sangka pula dengan maksud memikat, memang lumrah lelaki memikat wanita kerana itu adalah fitrah tetapi jangan pula kita sertakan sekali dengan syaitan ketika  memikat(mengorat). wanita juga boleh meminang(merisik atau bertanya) lelaki andai kata lelaki itu dirasakan dapat mebimbingnya dunia dan akhirat.
seterusnya disamping beusaha kita juga perlulah banyak berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan jodoh yang baik. seterusnya bertawakallah kepada Allah semoga usaha dan doa kita dilihat dan didengar oleh Allah s.w.t, sesungguhnya Allah maha mengrtahui lagi maha bijaksana.
seandainya kita sudah berdoa dengan bersungguh-sungguh namun doa kita tidak dikabulkan janganlah kita bersedih kerana sabda rasulullah s.a.w yabg bermaksud " sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari tiga perkara iaitu ; adakalanya diampuni dosanya, diberikan kebaikan dengan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaannya) dan adakalanya ditunda pengabulannya." -riwayat muslim
 maka adalah yang terbaik adalah kita berdoa,berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita bagi mencari redho Allah s.w.t di dunia dan diakhiart dan janganlah kita bersedih seandainya cinta kita tidak berbalas kerana Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita dan apa yang tidak baik untuk kita Allah juga berfirman dalam al quran "lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik" dan setiap kejadian akan ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment