Wednesday, April 27, 2011

Jangan hina tuhanku(Allah s.w.t), Jangan hina rasulku(nabi Muhammad s.a.w) Jangan hina agamaku(islam)!!

Assalammualaikum sihat semua? harap-harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera alhamdulillah. Jika ada yang sakit jangan sedih itu tanda Allah sayang kita, jealous saya. Hari ni saya rasa nak tulis sangat blog ni walaupun idea tak ada langsung. Namun bila mengenangkan peristiwa di facebook tadi susah untuk saya memejamkan mata walaupun mata ini tersangatlah mengantuk.

Tadi ketika saya hendak keluar makan bersama kawan saya iaitu Arif Faisal, terdetik di hati ini untuk saya berfacebook sekejap. Biasalah  penyakit penguna facebook bila tak buka rasa nak buka,bila dah buka tak tahu nak buat apa pulak. Jadi waktu saya check facebook saya mungkin ada sesuatu, tiba-tiba rakan saya Hafizi memanggil saya dengan nada yang sedikit marah dia menunjukkan sesuatu yang membuatkan saya juga dengan sendirinya berubah air muka, membara api marah di dalam dada "kau tengok ni nip..panas betul aku"  "apa fizi yang nak panas-panas ni".

 Rupa-rupanya satu facebook milik seorang hamba Allah ni yang penuh dengan hinaan,cacian dan kutukan kepada Allah tuhan yang diseru sekalian alam dan nabi Muhammad S.A.W rasul yang kita kasihi di tambah lagi profile picturenya mempamirkan seorang wanita gergasi yang memakai seluar pendek ketat duduk diatas kaabah iaitu rumah Allah dan dari situ nampak seakan-akan orang yang sedang menunaikan solat tunduk sujud kepada wanita itu. Sebak melihat hamba Allah itu bertindak seperti orang yang tidak mempunyai agama sedangkan dari tulisan jawinya dan bahasa melayunya dapat saya simpulkan yang dia mungkin beragama islam. Tambahan pula dia seorang yang terpelajar dan tak kurang ilmu agamanya kerana jika dilihat info pada profilnya dia bukan calang-calang orangnya dalam ilmu.

Persoalannya sekarang kenapa dia tergamak melakukan perkara sedemikian ?, apakah sebabnya dia nekad melakukan perkara sebegitu? sedangkan dia tahu dia akan dikecam, dimarahi dan mungkin lebih teruk lagi. Salah siapakah perkara sebegini berlaku? dan kenapa ianya berlaku? apa tindakan kita untuk menghalang perkara ini? di manakah silapnya? Astargfirlahalazim.

Saya dan Hafizi sempat melihat komen-komen mereka yang mempunyai rasa marah kerana kelancangan perbuatannya itu. Banyak komen-komen yang mengecamnya dan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada hamba Allah itu. Di sini saya bukan lah ingin membela hamba Allah berkenaan tetapi cuma meingatkan diri saya sendiri dan semua yang membaca blog ini insyaallah yang islam bukan agama yang mengajar penganutnya menyerang melulu dan membabi buta. Hal ini kerana jika kita menyerangnya mengunakan perasaan amarah kita, itu adalah permainan syaitan dan nafsu bukan dari akal kita yang  sihat dan jelas sekali kita akan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama bahkan mungkin kita boleh dilabelkan sama saja dengannya. Padahal agama Allah ini adalah agama rahmat dan penuh kasih sayang, bagaimana akan datangnya kesedaran kepada sang pelaku jika kita menegurnya secara tidak berhikmah. Jangan sampai kita marah bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu amarah kita yang mengila. Saya tahu kita  semua terkilan dan agak kesal dengan perbuatan dia menghina agama kita yang suci ini, saya dan rakan saya juga merasainya tetapi jangan disebabkan tindakan kita yang melulu dan tidak bertunjangkan ajaran islam ,agama kita yang dijadikan mangsa oleh mereka-mereka yang seperti hamba Allah ini. Mahukah kita Allah s.w.t tuhan kita terus dihina? mahukah kita nabi Muhammad s.a.w rasul kita terus dicaci? dan mahukah kita islam agama kita terus dikecam? mesti kita semua akan mengalirkan air mata tidak mahu semua itu terus terjadi.


Kita ambil contoh dari cerita seorang hamba Allah ini di mana ketika dia hendak memancung kepala seorang pesalah dan tiba-tiba pesalah ini meludah kemukanya kemudian dia membatalkan niatnya untuk memenggal kepala pesalah itu. Lalu ditanya oleh sahabatnya kenapa dia tidak memancung kepala peslah itu dan dijawabnya  " aku tidak mahu memengal kepalanya kerana jikalau aku memengal kepalanya sekarang bukan kerana niatku yang asal iaitu kerana Allah s.w.t tetapi kerana marahku". Dari kisah itu, kita dapat lihat bertapa indahnya islam, di mana kita akan mendahului Allah tuhan kita bukan apa-apapun di dunia ini. Oleh itu, tidak akan terjadilah keganasan,kekejaman dan kezaliman kerana segala tidak tanduk kita berteraskan syarak dan kerana Allah s.w.t. Kita perlu ingat  Rasulullah sendiri pun menyuruh kita supaya bersederhana.


Jadi kita sebagai hamba Allah yang agamanya adalah islam, perlulah memuhasabah diri kita dahulu di mana silap kita sehingga lahirnya golongan seperti itu, dan apa yang boleh kita lakukan untuk menolong hamba Allah yang mungkin terkeliru atau jahil dengan islam. Kita bukakan ruang untuk dia tahu apa itu islam yang sebenar  bukan kita tutup serapat-rapatnya, kerana mungkin dari situ dia dapat tahu apa itu islam sebenar-benarnya. Kita gunakan kaedah nabi kita iaitu secara lembut dan berhikmah dalam masa yang sama kita boleh tunjukkan imej islam yang elok, kita tanya dia baik-baik kenapa dia melakukan perkara itu dan apa sebabnya. Dari situ kita cuba bantu dia untuk tahu apa itu islam, Siapakah gerangan-Nya Allah s.w.t dan Siapakah nabi Muhammad s.a.w. mungkin ada yang akan berkata "alah cakap senang la, nak buat susah" bagi sesiapa yang berfikir sedemikian saya pohon buang jauh-jauh kenyataan itu kerana cuba kita hayati kembali kisah rasulullah dalam berdakwah MasyaAllah lagi dasyat dari kita, tetapi akhirnya baginda berjaya. Bayangkan jika rasulullah juga mengatakan "alah cakap senag la,nak buat susah" adakah kita sekarang dapat merasai nikmat islam ini?. Imam Hambali juga pernah berkata "sesuatu pekerjaan yang mulia itu permulaannya adalah kesusahan dan akhirnya adalah kejayaan" dan di dalam al-Quran Allah berfirman "selepas kesulitan, akan datang kesenangan" jadi apa yang kita ingin takutkan dan kenapa kita perlu rasa tidak yakin sedangkn Allah yang menjamin kita.


Akhir sekali saya ingin memohon maaf andai kata saya ada tersilap bahasa menguris hati saudara saudari atau tersilap maklumat, mohon diperbetulkan kerana saya manusia biasa yang serba lemah dan apa yang baik itu dari Allah, yang buruk itu  juga dari Allah tetapi disandarkan ke atas diri saya. Bukan saya mahu tunjuk pandai tetapi hanya sekadar perkongsian demi islam tercinta. :-)

No comments:

Post a Comment