hari ni saya nak berkongsi sesuatu yang agak metafora dan falsafah...
opp2...jangan tido lagi or jangan la berhenti baca..kesian saya taip entry ni panjang-panjang. :-)
sebelum tu saya nak ceritakan serba sedikit sinposis filem ni,
The Dark knight Rises ni mengisahkan Bruce Wayne a.k.a Batman yang telah bersara dari menjadi Batman dan dengan rela hatinya telah mengaku salah membunuh Harvey Dent a.k.a Two Face di dalam filem The dark knight kerana tidak mahu penduduk Gotham City hilang semangat untuk menegakkan keadilan dan melawan kejahatan.Maka Batman pun di benci dan dimaki oleh penduduk Gotham City daripada pembesar hinggalah penduduk biasa semuanya mencercanya.Manakala Bruce Wayne pula mengurung dirinya di dalam rumah seolah-olah berkabung dengan persaraannya sebagai Batman dan dia berangapan yang kematian perempuan yang dicintainya iaitu Rachel Dawns adalah kerana salahnya.Walaupun begitu, masih ada lagi orang yang percayakan Batman iaitu John Blake seorang pengawai polis dan jugak anak yatim yang telah ditolong oleh Bruce Wayne dengan menyalurkan dana kepada seluruh rumah anak-anak yatim di dalam Gotham City.Setelah sekian lama Gotham City aman maka League of Shadow datang semula dengan agendanya untuk memusnahkan Gotham City dan menuntut bela atas kematian Ra's Al Ghul ketua League of Shadow.Dengan adanya Bane iaitu seorang pembunuh upahan dan jugak ahli League of Shadow maka seluruh bandar Gotham dapat ditawan dengan menhidupkan bom nuklear ,menjadikan Bruce Wayne muflis
erm....penat menaip sinopsis ni hehe....jadi nak tahu lebih-lebih tengok sendiri ek..
jadi falsafah yang saya dapat dari cerita ni adalah kita tidak akan buat sesuatu perkara itu sehabis baik dan all out jika kita tahu yang ada lagi peluang untuk kita buat jika gagal...falsafah ni saya dapat dari adegan Bruce Wayne yang sering kali gagal untuk memanjat keluar dari penjara kerana mengikat dirinya dengan tali bagi mengelak jatuh dan mati namun apabila dinasihati oleh seornag doktor supaya panjat tanpa tali kerana dia hanya ada dua pilihan sahaja iaitu bebas atau mati dan dia telah berusaha sungguh untuk pilih bebas dan berjaya.kenapa pengarah dalam filem ini meletakkan doktor sebagai orang yang memberikan nasihatt kepada Bruce?????.....erm setelah difahami kerana doktor hanya ada dua pilihan sahaja di dalam kerjanya sama ada hidup atau mati.
No comments:
Post a Comment