Friday, April 20, 2012

Bismillahhirohmanirohim...erm subhanallah,walhamdulillah, walailahaillallah,wallahuakhbar.....cubaan2..alhamdulillah masih boleh menulis lagi aku ni :-)

Assalammualaikum...apa khabar semua sihat..
Allah dah lama dah tak buka blog ni..kalau buku tu kira dah berhabuk dah la...alhamdulillah makin canggih la pulak blog ni, tu la baru buka...
ok hari ni saya mcam biasa la dah buka blog ni tak kan nak menyanyi plak kan..ha....so saya nk share la sesuatu dengan sahabat2 semua....baru ni 20 march 2012 Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFSIIUM) ada kuat karnival sukan dan bela diri...ha dalam orang putih dia Sport and Martial Art Carnival (SMAC)..jadi karnival sebenarnya lebih kurang macam hari sukan kat sekolah la...beza dia kita main bukan ikut warna rumah tapi kos masing2..rasanya faham kan...hehe
 
tapi bukan pasal karnival ni yang saya kongsikan tapi sesuatu yang telah berlaku kepada saya....hikmah,pengajaran dan kesedaran yang saya dapat dari peristiwa tu...

menjelang pukul 8 malam saya dah terpacak di depan dewan..sebab malam tu akan diadakan pertandingan lawan terbuka Free fight..erm nak cuba try test skill lawan ni tengok boleh tak boleh ni..jadi dalam banyak2 warrior kat situ saya salah seorang la..tapi saya la yang paling tak hebat sekali..

dipendekkan cerita malam tu disebabkan berlawan sepenuh hati jiwa raga bakul baldi timba dan semua la yang seangkatan dengannya maka alhamdulillah saya menang dan alhamdulillah jugak saya patah tangan.....dan sikit patah hati :-(

selama dua hari 3malam jugak la saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) (ambik kau kata terer sekali patah tangan hehe).... 

hari rabu saya dimasukkan ke hospital malam 2 puasa..sebab kesokkan hari iaitu hari khamis saya akan menjalani pembedahan yang akan menukarkan saya menjadi lelaki besi (ha 2 la nama blog lelaki besi sekarang admin dia pun dah kena masuk besi) 


perasaan di bilik bedah waktu itu ok..tapi mengigil jugak la sebab sejuk sangat (nak kata dia berani la tu haha)....lepas tu ada seorang abang ni datang bawak baju khas nak siang sekejap lagi ni..lalu saya pun ditukarkan la dengan cara yang agak terhormat walaupun sejuk and malu. saya,abang tu dan doktor ja lelaki yang alain semua perempuan dah tu saya ja yang salin baju kat situ errrrrrrrrr bila difirksn malu jugak...
pembedahan tu mengambil masa sejam alhamdulillah...sedar2 tangan dah berbalut kemas baju pun dah bertukar lagi dan dikelilingi bidadari2 PPUM....yang semua kelihatan sibuk menolak saya untuk dibawa ke wad patah....(bahagianye rasa patah 10kali pun xpe heheh)
 
(bersambung............tapi lepas ni bukan dalam versi cerita macam ni dah tapi special skit insyaAllah dlam versi cerpen....ok solat dulu..assalammualaikum :-)  )


No comments:

Post a Comment