Saturday, February 26, 2011

BERMUJAHADAH melawan NAFSU "versi lelakibesi"

Setelah sekian lama sy menyepi walaupun  tak la lama sangat (sebab excited bru ada blog jadi rasa lama la hehe)..akhirnya sy kembali (trasa mcm dnanti-nantikn ja..pdahal tak pun)..hari ni sy ingin bercerita ....
Cerita ni bermula pada zaman dahulu, dimana ada seorang pemuda yang berkejaya sebagai seorang pencuri professional. Suatu hari ditakdirkan hamba Allah ni terasa ingin bertaubat kerana dia telah boring,serba salah,menyesal dan bermacam-macam lagi perasaan yang susah untuk digambarkan dengan kata-kata(kalau nak taw jadi la pencuri). Maka pergilah dia kepada seorang imam besar dikampungnya yang memg terkenal pada waktu itu untuk belajar dengan imam tersebut. Setelah sampai  sampai di majid tempat imam tersebut menjadi imam dan mengajar dia pun menyatakan hasratnya itu untuk bertaubat dan membuat pengakuan berani mati bahawa dia dahulunya mantan pencuri tegar dan dia juga ingin belajar ilmu agama dengan imam itu. Imam itu menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa mengadakan sesi uji bakat seperti rancangan mentor dan akademi fantasia kerana kalau ada sudah semestinya pemuda tadi tidak akan layak kerana kerjayanya sebelum ini adalah sebagai pencuri bukan penyanyi kelab malam (eh! apa yang aku merepek ni).
Hari demi hari dia belajar dengan tekun dan kalau dia menyrtai rancangan Imam Muda pada waktu mesti dia akan Berjaya. Dalam salah satu silibus pembelajarannya dia ada mempelajari pasal mujahadah melawan nafsu dalam tajuk ini gurunya telah memngajarnya bahawa “bila kamu meninggalkan yang haram maka Allah akan adakan bagimu yang halal” kata-kata gurunya itu disave dalam memori otaknya dan di dalam memori handsetnya .Pada suatu malam gurunya telah menyuruh pemuda itu tidur di masjid(iktikaf) dan pemuda itu pun tanpa merasa ragu mengikut arahan gurunya yang tersyang itu.
Pada malam itu lagi setelah dia berqiamulail dia diuji dengan rasa lapar yang teramat sangat nak masak maggi dia tak bawak bekal nak pergi seven eleven jauh sangat. Maka dia pun mengambil jalan pintas untuk pergi mencuri. Setelah satu-satu rumah di-servey maka dia pun memilih la rumah janda kaya dikampungnya itu. Janda itu baru sja kehilangan suaminya dan dia telah menwarisi harta yang banyak dari suaminya dan dia juga masih solo lgi kerana belum mempunyai anak  dan tambahan lagi janda itu amatlah cun mengalahkan puteri gunung ledang.
Menggunakan kepakarannya sebagai seorang pencuri dia pun memecah masuk rumah wanita tersebut. Dengan dua kelip mata sahaja, dia telah berada di dalam rumah janda itu. Lalu dia pun berjalan la menuju ke dapur kerna lapar ya la tak kan nak pegi toilet plak Nampak sgt dia nak terkencing bukan kebuluran( eh termengarut plak). Ok2 sambung lagi ketika dia sampai di dapur dia pun telah   menemui makanan yang enak-enak di atas meja . Apa lagi dia tanpa membuang masa memasang kekuda untuk menyerang makanan . targetnya adalah pizza hut, belum sempat dia hendak menyentuh makanan itu dia teringat pesanan penaja eh tersilap pesanan gurunya “bila kamu meninggalkan yang haram maka Allah akan adakan yang halal bagimu” terus dia men-cancelkan niatnya itu.
Seterusnya dia berjalan di dalm rumah itu dia telah  termasuk kedalam sebuah bilik. Mengeletar tangannya apabila melihat banyak harta-harta di dalam bilik itu sekali lagi dia ingin mengambil harta tersebut dan sekali lagi dia teringat pesanan gurunya “jika kamu meninggalkan yang haram maka Allah adakan yang halal bagimu” maka dia pun membatalkan niatnya itu skali lgi.
Berjalan lagi dia ke bilik satu lagi(kuat berjalan jugak dia ni) kali ni dia termasuk plak ke dalam bilik tidur janda itu..ha ambik kau mengigil stu badan, tdi tangan ja...mana tak nya janda tadi waktu tdur lagi cantik di tambah lagi dengan posing dan stail tdur janda tadi yang meliurkan sudah tentu membuatkan getar pemuda tadi bertambah kencang. Pemuda tadi pun apalagi serang!.........dan sekali lagi nasihat gurunya tadi kacau line “ bila kamu meninggalkan yang haram maka Allah akan adakan yang halal bagimu” lalu dia pun dengan tergetar-getar membunuh niatnya tadi dan terus berlari keluar dari rumah itu lalu pulang ke masjid tempat dia iktikaf tadi.kerana terlalu letih dia pun telah tidur.
Pada keesokan  harinya  janda tadi terkejut apabila mendapati yang rumahnya telah dipecah. Dia pun menbuat spot check di seluruh rumahnya bagi mengenal pasti apa yang hilang dan benda yang dia paling risaukan kalau hilang adalah Asro miliknya kerana sudah tentu dia tidak dapat menyaksikan kedah melawan Kelantan. Setelah menbuat spot check dia pun dengan mencapai tudung Ekin yang bru di belinya terus pergi berjumpa dengan imam guru kepada pemuda tadi untuk mengadu,dan mendapatkan nasihat tentang kejadian yang telah menimpa dirinya. Dia pun telah bercerita kepada imam tersebut lebih kurng mcm ni la  ‘tuan semalam rumah saya telah dipecah tapi yang saya peliknya apapun tak hilang dan semuanya elok-elok ja...dan  syukur la krna Astro sy tak hlng klau tak msti tak bleh tgk kedah lawn Kelantan’ ...lalu dalam ketengan sambil tersenyum seperti tahu sesuatu guru ini pun menjawab ‘erm hendak kah saudari sya khwinkan dengan seorang pemuda supaya keselamatan saudari,hrta bnda dan Astro saudari terjamin lgipun saudri sudah lma menjnda dn saudri pun masih muda’....janda tadi pun setelah berfikir sejenak (ya la datang nak mengadu tak pasal-pasal dapat kahwin) lalu dia pun bersetuju. Maka pemuda tadi pun telah dikahwinkan dengan janda tersebut. Akhirnya kerana kuatnya dia bermujahadah melawan nafsu Allah telah mengadakan bgi dia mkanan,harta dan isteri yang halal.berbahagaila dia dengan isterinya Alhamdulillah (yahoo!!).
Ha mcm mana best tak cerita ni...insyaAllah kita boleh la ambik srdikit sebanyak pengajaran yang kita boleh applykan dalam kehidupan kita seharian....isyaAllah..... J

No comments:

Post a Comment