Sunday, September 30, 2012

Dark knight Rises

assalammualaikum....

hari ni saya nak berkongsi sesuatu yang agak metafora dan falsafah...
opp2...jangan tido lagi or jangan la berhenti baca..kesian saya taip entry ni panjang-panjang. :-)

ok..saya nak berkongsi mengenai  filem THE DARK KNIGHT RISES.... agak lama filem ini ditayangkan dan hari ni baru nak kongsi dengan anda semua..

sebelum tu saya nak ceritakan serba sedikit sinposis filem ni,
The Dark knight Rises ni mengisahkan Bruce Wayne a.k.a Batman yang telah bersara dari menjadi Batman dan dengan rela hatinya telah mengaku salah membunuh Harvey Dent a.k.a Two Face di dalam filem The dark knight kerana tidak mahu penduduk Gotham City hilang semangat untuk menegakkan keadilan dan melawan kejahatan.Maka Batman pun di benci dan dimaki oleh penduduk Gotham City  daripada pembesar hinggalah penduduk biasa semuanya mencercanya.Manakala Bruce Wayne pula mengurung dirinya di dalam rumah seolah-olah berkabung dengan persaraannya sebagai Batman dan dia berangapan yang kematian perempuan yang dicintainya iaitu Rachel Dawns adalah kerana salahnya.Walaupun begitu, masih ada lagi orang yang percayakan Batman iaitu John Blake seorang pengawai polis dan jugak anak yatim yang telah ditolong oleh Bruce Wayne dengan menyalurkan dana kepada seluruh rumah anak-anak yatim di dalam Gotham City.Setelah sekian lama Gotham City aman maka League of Shadow datang semula dengan agendanya untuk memusnahkan Gotham City dan menuntut bela atas kematian Ra's Al Ghul ketua League of Shadow.Dengan adanya Bane iaitu seorang pembunuh upahan dan jugak ahli League of Shadow maka seluruh bandar Gotham dapat ditawan dengan menhidupkan bom nuklear ,menjadikan Bruce Wayne muflis
dan mematahkan pingang Batman kemudian memenjarakannya di dalam penjara bawah tanah.Sepanjang ketiadaan Batman, Bane telah membebaskan semua penjenayah dan memporak-perandakan Gotham City.Di kala semua pihak tidak mampu untuk menolong menyelamatkan bandar Gotham John Blake dan Jim Gordon pula berjuang habis-habisan untuk menyelamtkan Gotham City dari diletupkan.Sementara itu di dalam penjara Batman telah berlatih dengan bersungguh-sungguhn untuk bangkit dan keluar dari penjara itu dan akhirnya Bruce Wayne berjaya keluar dari situ.Dia kembali semula ke bandar Gotham untuk menyelamtkan Gotham City. Dengan dibantu oleh Lucius Fox untuk menghidupkan semula Batman maka terjadilah peperangan epik di antara ahli-ahli League of Shodow yang diketuai oleh Bane dengan polis-polis bandar Gotham yang diketuai oleh Batman sendiri.Akhir sekali Batman telah mengorbankan dirinya untuk Gotham City dengan membawa bom nuklear itu ke tengah laut dan penduduk Gotham pun selamat.

erm....penat menaip sinopsis ni hehe....jadi nak tahu lebih-lebih tengok sendiri ek..
jadi falsafah yang saya dapat dari cerita ni adalah kita tidak akan buat sesuatu perkara itu sehabis baik dan all out jika kita tahu yang ada lagi peluang untuk kita buat jika gagal...falsafah ni saya dapat dari adegan Bruce Wayne yang sering kali gagal untuk memanjat keluar dari penjara kerana mengikat dirinya dengan tali bagi mengelak jatuh dan mati namun apabila dinasihati oleh seornag doktor supaya panjat tanpa tali kerana dia hanya ada dua pilihan sahaja iaitu bebas atau mati dan dia telah berusaha sungguh untuk pilih bebas dan berjaya.kenapa pengarah dalam filem ini meletakkan doktor sebagai orang yang memberikan nasihatt kepada Bruce?????.....erm setelah difahami kerana doktor hanya ada dua pilihan sahaja di dalam kerjanya sama ada hidup atau mati.





No comments:

Post a Comment